Saturday, September 11, 2010

1 Syawal 1431

Boring gila raya tahun ni sampai aku taktahu dah nak cakap cemane nak bagi tunjuk boring sangat tu. Boring die sangat boring sampai aku rela cuci ayam lagi sekali HOHOHOHOHOHO OK TIPU KABIR.

HAH NI NAK CERITA HARITU AKU KENA CUCI AYAM UNTUK BUAT RENDANG SEBAB MAID AKU TAKDA BALIK INDON CUTI SEBULAN SO KERJA RUMAH SEMUA KITORANG ADIK-BERADIK LA KENA BUAT EG: BASUH PINGGAN, KEMAS MEJA LEPAS MAKAN, MESIN BAJU, SIDAI BAJU, ANGKAT BAJU DARI AMPAIAN DAN CUCI AYAM YANG BAU CAM RGFJHEWEHJVDHCJEHCWJWFERHFEKFWERHVFJEKR AKU BENCI BETUL BAU AYAM TUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.

Sepanjang tempoh aku cuci ayam aku terbayang nanti kalau dah kahwin suami aku nak makan ayam MACAMANA NI MACAMANA MACAMANA TAHAP SERIOUS DIE MACAM KAU NAK TERBERANAK TAPI DALAM KERETA TAKDA MINYAK MACAMANA NAK PERGI HOSPITAL NI MACAMANA MACAMANA?!

Ha paham tak tahap ke-urgent-an pemikiran aku petang tu? Serious la dari mula sampai habis aku cuci ayam memang aku tak hala muka aku kat sink sebab bau ayam yang agak meloyakan dan sebab aku cepat rasa nak muntah bila aku terhidu bau-bau seumpama ini. Bau darah ayam hanyir gila kuasa tiga ribu setengah SUMPAH WA CAKAP LU HANYIR BETUL BAU AYAM YANG BARU SEMBELIH NI MACAMANA ORANG DI LADANG TERNAKAN AYAM HARI-HARI MENGHADAP BAU NI MACAMANA MACAMANA?!

Sampai masa nak makan rendang wangi lazat yang bau sangat wangi tu pun terbayang-bayang lagi bau darah ayam gfkjewreyrfkerwherygkfejwrhfbeyugvrtfr. Nasib baiklah masa aku tengah cuci ayam tu Meme tengah masak chocolate atas dapur untuk nak buat cokelat kek. So aroma cokelat tu mngaburi lubang hidung aku instead of bau HANYIR AYAAAAMMMMM AAAARRRRGGGGHHHHHHH APASAL HANYIR SANGAAATTTTTTTTTTTTT.

Selepas habis basuh ayam aku memang seriously consider nak jadi vegetarian dan nak kahwin dengan orang vegetarian dan bela anak-anak yang membesar dan menjadi vegetarian. Serious, sangat serious. *muka serious*

So last night iaitu malam raya aku pergi rumah nenek aku yang dekat Bandar Utama untuk nak takbir raya bersama keluarga. Ni memang macam family tradition la setiap malam raya kena duduk di rumah nenek ini dan bertakbir raya unless kau beraya kat tempat lain. So last night yang ada family aku, uncle aku dengan auntie aku sorang. Yang lain semua raya belah lain and ada sorang auntie yang duduk UK tak balik raya sebab baru haritu nenek aku pergi melawat die so watapan nak balik kan.

Masa tengah takbir tu cousin aku pasang skype dengan kakak die yang tengah amek master di Ostrolia yang tak balik raya sebab Ostrolia takda cuti raya HOHOHO. Cousin aku tu pergi duduk dengan suami die kat sane tapi yang beljar die sorang jela, suami die kerje. Rumah die omg wtf comel nak mati sangat cute dan cosy untuk dua orang! Lepastu suami die join sekali takbir through skype sangat comel keadaan itu :')

LEPASTU AKU PUN APA LAGI KAAAAAAAAAAANNN MULALAH TERBAYANG KALAU AKU PULAK NANTI MACAMANA HIKHIKHIKSSSSSSSS.

Katalah aku ada rezeki nak sambung masters oversea lepas dah kahwin nanti lepastu pergi dengan suami ALA COMEL GILA DUDUK DUA ORANG JAUH DARI MAK BAPAK SUSAH SENANG HARUNGI BERSAMA KAU MAKAN TEPUNG AKU MAKAN TEPUNG perghh tu baru life namanya. Independant habis. Bukan lepas kahwin makbapak kau bagi banglo sebijik lengkap dengan bibik untuk kesenangang hidup NO NO NOOOOO. Kesenangan hidup yang paling best adalah bila kau berusaha nak dapatkan kesenangan tu so that bila kau dapat, sumpah kau akan appreciate habis :)

Aku ni tak sah kalau dalam satu post tak cakap pasal kahwin kan ._.

TAPI SERIOUS OK SANGAT COMEL KALAU DUDUK OVERSEAS BELAJAR DENGAN HUSBAND DUA ORANG IT'LL BE LIKE DON'T WORRY BABY WE'LL TAKE CARE OF EACH OTHER I'VE GOT YOU AND YOU'VE GOT ME WE'VE GOT EACH OTHER WE DON'T NEED ANYTHING ELSE AAAAAAAAAAAAAWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWW ♥

Okeh matlamat jangka panjang seterusnya adalah sambung masters di luar negara bersama suami tersayang. BERUSAHA YAW!

So anyways raya harini bosan gila gaban dahlah abang aku pun balik beraya rumah kakak ipar aku kat kelantan so budak dua orang yang kepoh tu tak ada sungguh sunyi rumah ini pagi tadi :( Bangun-bangun aku makan rendang dengan ketupat sebijik lepastu online TAK ADA LIFE SUNGGUH HU lepastu Mak panggil suruh tolong cuci meja kat bawah lepastu sambung online lepastu pukul berapatah baru terhegeh-hegeh nak mandi lepastu beraya dengan Mak Ayah nak dekat pukul 11 T_T

Aku taktau la kenape tak rase macam raya langsung tahun ni. Sigh. Mungkin sebab tak ramai orang dekat rumah or memang sebab semakin besar semakin tak batak dengan raya macam zaman kecik-kecik dulu :| Dulu masa hari last puasa tu memang excited habis sebab nak raya. Aku ingat lagi masa raya dekat Langkap (yang kampung betul-betul kampung). Masatu aku darjah-darjah lagi la. Darjah 3,4 macamtu kot. Masatu Tok ada lagi :') Memang that was the best raya memory I have ever had lah sampai umur aku 19 ni. Masak rendang ayam dalam kawah okay. Lepastu kacau dodol pun dalam kawah jugak. Malam-malam pasang pelita keliling pagar rumah. Lepastu main bunga api kat luar rumah dengan cousin-cousin semua. Memang rasa teruja sangat nak raya time tu.

Lepastu bangun pagi awal gila around 7 dah terpacak depan bilik mandi. Mandi wangi-wangi dalam bilik air papan tu and then makan rendang, ketupat, nasi himpit dengan kuah kacang dengan kopi panas. Lepastu tunggu orang-orang dewasa balik masjid lepastu beraya dengan semua orang HU TETIBA RASA NAK NANGIS RINDU GILA NAK BERAYA KAT LANGKAP :'(

Tapi sejak nenek aku meninggal macam takda orang jaga dah rumah tu jadi macam rumah terbiar yang takboleh nak duduk T_T

So tiap-tiap tahunlah family aku beraya dekat Bandar Utama ni sebab kat sini je pun nenek kitorang yang sorang je tinggal. Yang lain dah tak ada. Isk.

Tapi nanti dah kahwin ada dua kampung balik EHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHHEHEHE. Takpalah lagi 4,5 tahun ni aku beraya every year dekat Bandar Utama nanti God knows aku nak beraya kat mana ke pulak kan EHEHEHEHEHEHEHEHEHHEHE HOH NAIK BETUL MOOD GATAL RAYA-RAYA NIH.

Tu jelah pun aku nak cerita pasal 1 Syawal tahun 2010 ni sebab raya tahun lepas aku dah membebel panjang-panjang pasal Langkap kan ihihihih. Esok baru nak pergi beraya rumah sanak-saudara di sekitar Kuala Lumpur pergi kumpul duit raya WOOTS!

Friday, September 10, 2010

A brief post

So I'm at my grandma's dekat Bandar Utama. Tak ramai sangat this year sebab tak semua mu uncles and my aunts raya kat sini. Saya sedang mengetaip menggunakan Aitas jadi macam agak harom sikit laa. Dah berapa kali aku bekspes bekspes nak betulkan spelling rhfhydhdgdsjhdidjg. Tapi kalau type random words agak best la sebab macam bileh tekan je semue bnde pon. Gagahhahahahahahhagahahahaahaga. Gelak yang panjang adalah sebab sangat bezzzt tekan huruf dekat keypad harom Aitas nih. Sekarang semua orang adalah sedang berkerumun dekat laptop sebab nak cakap dengan aunt aku sorang ni yang duduk dekat UK sebab raya tahun ni die tak balik malasia hihohojojo. Okeh aku taktau cemana nak tarok perenggan kalau tulis blog pakai bendalah ni ok bye yall.

Thursday, September 9, 2010

Saya nak jadi osem macam ayah saya ♥

Saya sayang ayah kerana ayah sangat osem.

On a side note,

AYAH AKU MASUK ALJAZEERA AYAH KORANG MASOK KEEEEE HAGAHGAHGAHGAHGAHGAHGAHGA ok batak gila bye.

Dan ya, tujuan post ini memang untuk membangga diri dan menunjuk-nunjuk kerana bukan setiap hari ayah saya masuk paper arab. HIKHIKHIK.

Tuesday, September 7, 2010

Post muslimah solehah wa cakap lu

I find this article very very interesting dan membuka minda. Petang tadi pun aku google cinta dalam Islam sebab aku nak tahu apa yang aku buat ni betul ke salah. Tapi kebanyakan artikel yang aku jumpa cakap tak salah menyimpan perasaan terhadap orang lain :) Yang jadi salah bila perasaan tu diluahkan padahal dua-dua belum ada ikatan lagi.  Hence leading to couple lah dating lah apa lah et cetera.

So dear awak whom I have been liking for about 7 months now, saya takkan cakap yang saya suka awak directly in your face because that would defeat the whole purpose of being in love from the Islamic perspective. I think I'll just wait until the right time (which is like another 4,5 years) before I send somebody to ask you if you're interested in me as much as I am interested in you. And while I know that there's a possibility that you would say no because you'll prolly have someone better by then whom you're a lot more interested in, I think it would mean absolutely no harm if I try my luck with you. After all, who knows that we could, perhaps, end up being together dalam ikatan yang halal :)

And I will tell you right here and right now. If you say no, then I would of course be heart broken because like DUUHH who wouldn't. But that doesn't mean that I'll keep blaming you for my miserable single life or stick huge pins in a voodoo doll version of you. Rather, I would want to thank you for an honest answer and I would probably wish you a happy life with whoever you would choose to be with. I think I have matured in a sense that I know eventhough I could like somebody very very much, it doesn't mean that I'll end up hapily married with that guy. Anything could happen and I won't be ignorant about that. It's better to embrace the reality and move on with your life rather than living in a time warp.

But THAT is what I would do, if you say no. But if you say yes, then it's a whole different story :)

Lelaki yang ikhlas dengan cintanya terhadap si perempuan akan terus datang jumpa mak bapak si perempuan ok. Gentleman sikit. Tak main lah lamar-lamar "Would you be my girlfriend" lah apa other craps lah. Tak proper la macamtu. I want my relationship with my future husband to be blesses with Allah from Day 1. From the day lelaki itu datang rumah untuk berjumpa dengan mak bapak. Oh and satu lagi, sepanjang tempoh pertunangan(?),  I do not want to go out with you, walaupun dibenarkan dengan kehadiran mahram. And unless pasal something important like membeli barang hantaran(?) or something like that. Kalau setakat nak keluar makan-makan jumpa-jumpa sembang-sembang taknak lah. Lepas kahwin nanti baru best boleh keluar jalan-jalan pegang tangan terussssss hikhikhik.

Oh and is it possible if I want the most minimal contact with my future husband? Like, message kalau penting etc etc etc. Aku takut betul kalau hubungan aku nanti tak dapat berkat dari awal. I don't want to end up in a crappy marriage just because mulakan hubungan dengan cara yang salah. I want to end up in an awesome marriage yang ada blessing Allah all the way :) Tapi sebelum tu kena senonohkan perangai dulu. Cakap je taknak buat benda-benda ni nanti sebab Iman tak kuat buat jugak -.-

Oh and one more thing, saya takkan kahwin dengan awak selagi saya tak sayang Allah lebih dari saya sayang awak :) (kena work betul-betul bab ni) Sebab cinta yang betul itu adalah cinta kerana Allah yang boleh membawa ke syurga yaw. Bukan cinta plastik murahan yang banyak bersepah ada zaman sekarang.

Harap-harap impian saya ni jadi kenyataan. Harap-harap sangat.

P/s: Segala yang ditulis dalam post ini adalah benar-benar belaka walaupun nampak macam tak betul sebab personaliti saya yang bukan seperti ini diluar. Saya ni nampak je macam ni. Tapi dalam saya awak mana tau :)

Monday, September 6, 2010

Sunday, September 5, 2010

Mood Setan

  • Tahun ni aku dapat puasa 18 hari je. Tension betul. Mau separuh mati nak kena ganti ni.
  •  Aku teringin nak pakai wedges. Serious teringin gila. Tapi aku tak suka sebab nanti aku nampak freakishly tall. Kawa-kawan aku suka marah bila aku menyuarakan hasrat hati untuk memiliki sepasang wedges. "KAU DAH TINGGI APAHAL NAK PAKAI WEDGES?!" Begitulah kata-kata mereka. Tapi aku nak beli jugak one pair. Cantik ok wedges pakai dengan baju kurung untuk hari raya. 2 inches pun ok lah. Tinggi-tiggi sangat pun buat ape kan.
  • Aku benci bila period. Mood aku yang memang macam celaka akan automatik jadi bertambah celaka. Perut pulak macam mintak nak kena robek dengan butcher knife. Jangan sampai aku buat betul. Kalau aku tengah period dengan mood setan and ada orang cari pasal dengan aku atau buat aku sakit hati memang aku rasa nak siat orang tu hidup-hidup dengan pisau lipat yang berkarat dan bergerigi. Padan muka.
  • Tadi aku pergi Giant dengan Lin sebab teringin nak makan frozen yogurt dengan crushed almonds dekat J.Co. Lepastu ade lipas tempang dekat bawah seat kitorang watapan. Walaupun lipas tu LKU (Lipas Kurang Upaya) aku still rasa nak tenyeh dengan slipa aku. Aku benci lipas macam aku benci manusia yang berperangai khinzir. Sangat, sangat benci. Terutama lipas terbang BUBBY BETOL APAHAL KAU BOLEH TERBANG KAU NAK MIGRATE KE APA?!
  • Esok Mak ajak pergi shopping raya dekat OU. Aku rasa macam takde bende pon nak beli. Baju yang ade dalam almari pun tak terpakai nak beli baju baru pulak. Aku nak mintak kasut jelah. And a new pair of pants. And maybe a new maxi dress too. Aku tak sukala maxi dress ada lengan. Nampak macam baju orang pregnant. Sebab tu dua maxi dress dalam almari tu aku tak pakai-pakai lagi. Sigh. Oh lepastu nak beli tudung untuk nak match dengan baju raya. Tak sempat pergi Jalan TAR nampaknya tahun ni. Terpaksalah aku cari pashmina dekat Jusco. Isk isk isk.
  •  Aku tak suka buat ketupat. Ya famili aku jenis buat ketupat setiap kali raya. Tapi bukan ketupat empat segi yang susah haram jadah nak buat tu. Kitorang buat ketupat daun palas je. Yang tiga segi. Aku tak suka sebab kene koyak daun die and the bukak and then gunting and then lipat jadi ketupat tiag segi (aku selalu lipat jadi ketupat jantan) lepastu rendam dalam baldi semalaman. Esoknye bangun kerje aku mengelap daun palas la dari pagi sampai petang. Aku tak reti masukkan pulut kat dalam ketupat so lap daun jela kerje aku. Letih tau tak.
  • Aku selalu rasa diri aku macam kucing kurap tepi jalan. Taktau kenapa.
  • Aku takut nak masuk Gombak. Aku bace Kiko punye blog macam banyak gile je assignments kat main campus nanti. Sem ni pun macam dah nak pecah kepale otak aku. Haih. Aku sebenarnye taktau ape yang aku nak. Walaupun nampak macam aku dah ade plan untuk future aku tapi tak. Aku tak tau nak buat apa. Serious. Tapi takpela. Still awal lagi. Nanti lepas grad nanti baru aku nak fikir.
  • Aku nak kahwin lambat sikit la. 26 ke, 27 ke. Aku nak kumpul duit pergi jalan-jalan satu dunia dengan kawan-kawan aku dulu. Lepastu baru kumpul duit kawen. Duduk terus overseas pun macam best. Baru independent sikit. Sampai bila nak duduk bawak ketiak Mak Ayah. Aku nak cube diri atas kaki sendiri jugak. Kalau takde rezeki aku nak pergi belaja overseas pergi melancong lepas dah habis belajar nanti pun ok lah. Dapat jugak pergi kan.
  • Aku tak suka rambut aku. Kadang-kadang rasa macam nak botak. Senang sikit tak payah heran pasal rambut. Aku jeles dekat orang yang botak licin. Kurang satu masalah dalam hidup die.
  •  Aku tengah rasa nak tumbok muka orang sekarang. Serious.
  • Aku benci artis yang salahgunaka perkataan InsyaAllah. Contoh, "InsyaAllah nanti kami berdua akan berduet untuk lagu dangdut itu" Bodoh betul. Kau nak buat benda tak elok kau pergi cakap dengan izin Allah buat ape bangang? Huh. Dumblonde betul. Cube pike dulu sebelum cakap. Orang lain tengok menyampah tau tak.
  • Aku rasa post ni bunyi macam bengang sebab aku tak puas hati dapat puasa 18 hari je. Rasa cam nak mencarut. Tapi nanti takde orang nak kawen dengan aku. Mampos ah. Ade jodoh ade, kalau takde aku nak jage anak kucing mate kelabu dengan Lee. End of story.

The little words that can change you

Saya tak pernah mintak untuk simpan perasaan dekat awak. Minta maaf kalau menyusahkan.