Boring gila raya tahun ni sampai aku taktahu dah nak cakap cemane nak bagi tunjuk boring sangat tu. Boring die sangat boring sampai aku rela cuci ayam lagi sekali HOHOHOHOHOHO OK TIPU KABIR.
HAH NI NAK CERITA HARITU AKU KENA CUCI AYAM UNTUK BUAT RENDANG SEBAB MAID AKU TAKDA BALIK INDON CUTI SEBULAN SO KERJA RUMAH SEMUA KITORANG ADIK-BERADIK LA KENA BUAT EG: BASUH PINGGAN, KEMAS MEJA LEPAS MAKAN, MESIN BAJU, SIDAI BAJU, ANGKAT BAJU DARI AMPAIAN DAN CUCI AYAM YANG BAU CAM RGFJHEWEHJVDHCJEHCWJWFERHFEKFWERHVFJEKR AKU BENCI BETUL BAU AYAM TUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.
Sepanjang tempoh aku cuci ayam aku terbayang nanti kalau dah kahwin suami aku nak makan ayam MACAMANA NI MACAMANA MACAMANA TAHAP SERIOUS DIE MACAM KAU NAK TERBERANAK TAPI DALAM KERETA TAKDA MINYAK MACAMANA NAK PERGI HOSPITAL NI MACAMANA MACAMANA?!
Ha paham tak tahap ke-urgent-an pemikiran aku petang tu? Serious la dari mula sampai habis aku cuci ayam memang aku tak hala muka aku kat sink sebab bau ayam yang agak meloyakan dan sebab aku cepat rasa nak muntah bila aku terhidu bau-bau seumpama ini. Bau darah ayam hanyir gila kuasa tiga ribu setengah SUMPAH WA CAKAP LU HANYIR BETUL BAU AYAM YANG BARU SEMBELIH NI MACAMANA ORANG DI LADANG TERNAKAN AYAM HARI-HARI MENGHADAP BAU NI MACAMANA MACAMANA?!
Sampai masa nak makan rendang wangi lazat yang bau sangat wangi tu pun terbayang-bayang lagi bau darah ayam gfkjewreyrfkerwherygkfejwrhfbeyugvrtfr. Nasib baiklah masa aku tengah cuci ayam tu Meme tengah masak chocolate atas dapur untuk nak buat cokelat kek. So aroma cokelat tu mngaburi lubang hidung aku instead of bau HANYIR AYAAAAMMMMM AAAARRRRGGGGHHHHHHH APASAL HANYIR SANGAAATTTTTTTTTTTTT.
Selepas habis basuh ayam aku memang seriously consider nak jadi vegetarian dan nak kahwin dengan orang vegetarian dan bela anak-anak yang membesar dan menjadi vegetarian. Serious, sangat serious. *muka serious*
So last night iaitu malam raya aku pergi rumah nenek aku yang dekat Bandar Utama untuk nak takbir raya bersama keluarga. Ni memang macam family tradition la setiap malam raya kena duduk di rumah nenek ini dan bertakbir raya unless kau beraya kat tempat lain. So last night yang ada family aku, uncle aku dengan auntie aku sorang. Yang lain semua raya belah lain and ada sorang auntie yang duduk UK tak balik raya sebab baru haritu nenek aku pergi melawat die so watapan nak balik kan.
Masa tengah takbir tu cousin aku pasang skype dengan kakak die yang tengah amek master di Ostrolia yang tak balik raya sebab Ostrolia takda cuti raya HOHOHO. Cousin aku tu pergi duduk dengan suami die kat sane tapi yang beljar die sorang jela, suami die kerje. Rumah die omg wtf comel nak mati sangat cute dan cosy untuk dua orang! Lepastu suami die join sekali takbir through skype sangat comel keadaan itu :')
LEPASTU AKU PUN APA LAGI KAAAAAAAAAAANNN MULALAH TERBAYANG KALAU AKU PULAK NANTI MACAMANA HIKHIKHIKSSSSSSSS.
Katalah aku ada rezeki nak sambung masters oversea lepas dah kahwin nanti lepastu pergi dengan suami ALA COMEL GILA DUDUK DUA ORANG JAUH DARI MAK BAPAK SUSAH SENANG HARUNGI BERSAMA KAU MAKAN TEPUNG AKU MAKAN TEPUNG perghh tu baru life namanya. Independant habis. Bukan lepas kahwin makbapak kau bagi banglo sebijik lengkap dengan bibik untuk kesenangang hidup NO NO NOOOOO. Kesenangan hidup yang paling best adalah bila kau berusaha nak dapatkan kesenangan tu so that bila kau dapat, sumpah kau akan appreciate habis :)
Aku ni tak sah kalau dalam satu post tak cakap pasal kahwin kan ._.
TAPI SERIOUS OK SANGAT COMEL KALAU DUDUK OVERSEAS BELAJAR DENGAN HUSBAND DUA ORANG IT'LL BE LIKE DON'T WORRY BABY WE'LL TAKE CARE OF EACH OTHER I'VE GOT YOU AND YOU'VE GOT ME WE'VE GOT EACH OTHER WE DON'T NEED ANYTHING ELSE AAAAAAAAAAAAAWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWW ♥
Okeh matlamat jangka panjang seterusnya adalah sambung masters di luar negara bersama suami tersayang. BERUSAHA YAW!
So anyways raya harini bosan gila gaban dahlah abang aku pun balik beraya rumah kakak ipar aku kat kelantan so budak dua orang yang kepoh tu tak ada sungguh sunyi rumah ini pagi tadi :( Bangun-bangun aku makan rendang dengan ketupat sebijik lepastu online TAK ADA LIFE SUNGGUH HU lepastu Mak panggil suruh tolong cuci meja kat bawah lepastu sambung online lepastu pukul berapatah baru terhegeh-hegeh nak mandi lepastu beraya dengan Mak Ayah nak dekat pukul 11 T_T
Aku taktau la kenape tak rase macam raya langsung tahun ni. Sigh. Mungkin sebab tak ramai orang dekat rumah or memang sebab semakin besar semakin tak batak dengan raya macam zaman kecik-kecik dulu :| Dulu masa hari last puasa tu memang excited habis sebab nak raya. Aku ingat lagi masa raya dekat Langkap (yang kampung betul-betul kampung). Masatu aku darjah-darjah lagi la. Darjah 3,4 macamtu kot. Masatu Tok ada lagi :') Memang that was the best raya memory I have ever had lah sampai umur aku 19 ni. Masak rendang ayam dalam kawah okay. Lepastu kacau dodol pun dalam kawah jugak. Malam-malam pasang pelita keliling pagar rumah. Lepastu main bunga api kat luar rumah dengan cousin-cousin semua. Memang rasa teruja sangat nak raya time tu.
Lepastu bangun pagi awal gila around 7 dah terpacak depan bilik mandi. Mandi wangi-wangi dalam bilik air papan tu and then makan rendang, ketupat, nasi himpit dengan kuah kacang dengan kopi panas. Lepastu tunggu orang-orang dewasa balik masjid lepastu beraya dengan semua orang HU TETIBA RASA NAK NANGIS RINDU GILA NAK BERAYA KAT LANGKAP :'(
Tapi sejak nenek aku meninggal macam takda orang jaga dah rumah tu jadi macam rumah terbiar yang takboleh nak duduk T_T
So tiap-tiap tahunlah family aku beraya dekat Bandar Utama ni sebab kat sini je pun nenek kitorang yang sorang je tinggal. Yang lain dah tak ada. Isk.
Tapi nanti dah kahwin ada dua kampung balik EHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHHEHEHE. Takpalah lagi 4,5 tahun ni aku beraya every year dekat Bandar Utama nanti God knows aku nak beraya kat mana ke pulak kan EHEHEHEHEHEHEHEHEHHEHE HOH NAIK BETUL MOOD GATAL RAYA-RAYA NIH.
Tu jelah pun aku nak cerita pasal 1 Syawal tahun 2010 ni sebab raya tahun lepas aku dah membebel panjang-panjang pasal Langkap kan ihihihih. Esok baru nak pergi beraya rumah sanak-saudara di sekitar Kuala Lumpur pergi kumpul duit raya WOOTS!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kozz...selamat hari rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,,,,,,wiwiwiwiwiw,,,
raya kat kl je ke heh?????gue kt kuantan neh..heheh..
Post a Comment