Sunday, September 5, 2010

Mood Setan

  • Tahun ni aku dapat puasa 18 hari je. Tension betul. Mau separuh mati nak kena ganti ni.
  •  Aku teringin nak pakai wedges. Serious teringin gila. Tapi aku tak suka sebab nanti aku nampak freakishly tall. Kawa-kawan aku suka marah bila aku menyuarakan hasrat hati untuk memiliki sepasang wedges. "KAU DAH TINGGI APAHAL NAK PAKAI WEDGES?!" Begitulah kata-kata mereka. Tapi aku nak beli jugak one pair. Cantik ok wedges pakai dengan baju kurung untuk hari raya. 2 inches pun ok lah. Tinggi-tiggi sangat pun buat ape kan.
  • Aku benci bila period. Mood aku yang memang macam celaka akan automatik jadi bertambah celaka. Perut pulak macam mintak nak kena robek dengan butcher knife. Jangan sampai aku buat betul. Kalau aku tengah period dengan mood setan and ada orang cari pasal dengan aku atau buat aku sakit hati memang aku rasa nak siat orang tu hidup-hidup dengan pisau lipat yang berkarat dan bergerigi. Padan muka.
  • Tadi aku pergi Giant dengan Lin sebab teringin nak makan frozen yogurt dengan crushed almonds dekat J.Co. Lepastu ade lipas tempang dekat bawah seat kitorang watapan. Walaupun lipas tu LKU (Lipas Kurang Upaya) aku still rasa nak tenyeh dengan slipa aku. Aku benci lipas macam aku benci manusia yang berperangai khinzir. Sangat, sangat benci. Terutama lipas terbang BUBBY BETOL APAHAL KAU BOLEH TERBANG KAU NAK MIGRATE KE APA?!
  • Esok Mak ajak pergi shopping raya dekat OU. Aku rasa macam takde bende pon nak beli. Baju yang ade dalam almari pun tak terpakai nak beli baju baru pulak. Aku nak mintak kasut jelah. And a new pair of pants. And maybe a new maxi dress too. Aku tak sukala maxi dress ada lengan. Nampak macam baju orang pregnant. Sebab tu dua maxi dress dalam almari tu aku tak pakai-pakai lagi. Sigh. Oh lepastu nak beli tudung untuk nak match dengan baju raya. Tak sempat pergi Jalan TAR nampaknya tahun ni. Terpaksalah aku cari pashmina dekat Jusco. Isk isk isk.
  •  Aku tak suka buat ketupat. Ya famili aku jenis buat ketupat setiap kali raya. Tapi bukan ketupat empat segi yang susah haram jadah nak buat tu. Kitorang buat ketupat daun palas je. Yang tiga segi. Aku tak suka sebab kene koyak daun die and the bukak and then gunting and then lipat jadi ketupat tiag segi (aku selalu lipat jadi ketupat jantan) lepastu rendam dalam baldi semalaman. Esoknye bangun kerje aku mengelap daun palas la dari pagi sampai petang. Aku tak reti masukkan pulut kat dalam ketupat so lap daun jela kerje aku. Letih tau tak.
  • Aku selalu rasa diri aku macam kucing kurap tepi jalan. Taktau kenapa.
  • Aku takut nak masuk Gombak. Aku bace Kiko punye blog macam banyak gile je assignments kat main campus nanti. Sem ni pun macam dah nak pecah kepale otak aku. Haih. Aku sebenarnye taktau ape yang aku nak. Walaupun nampak macam aku dah ade plan untuk future aku tapi tak. Aku tak tau nak buat apa. Serious. Tapi takpela. Still awal lagi. Nanti lepas grad nanti baru aku nak fikir.
  • Aku nak kahwin lambat sikit la. 26 ke, 27 ke. Aku nak kumpul duit pergi jalan-jalan satu dunia dengan kawan-kawan aku dulu. Lepastu baru kumpul duit kawen. Duduk terus overseas pun macam best. Baru independent sikit. Sampai bila nak duduk bawak ketiak Mak Ayah. Aku nak cube diri atas kaki sendiri jugak. Kalau takde rezeki aku nak pergi belaja overseas pergi melancong lepas dah habis belajar nanti pun ok lah. Dapat jugak pergi kan.
  • Aku tak suka rambut aku. Kadang-kadang rasa macam nak botak. Senang sikit tak payah heran pasal rambut. Aku jeles dekat orang yang botak licin. Kurang satu masalah dalam hidup die.
  •  Aku tengah rasa nak tumbok muka orang sekarang. Serious.
  • Aku benci artis yang salahgunaka perkataan InsyaAllah. Contoh, "InsyaAllah nanti kami berdua akan berduet untuk lagu dangdut itu" Bodoh betul. Kau nak buat benda tak elok kau pergi cakap dengan izin Allah buat ape bangang? Huh. Dumblonde betul. Cube pike dulu sebelum cakap. Orang lain tengok menyampah tau tak.
  • Aku rasa post ni bunyi macam bengang sebab aku tak puas hati dapat puasa 18 hari je. Rasa cam nak mencarut. Tapi nanti takde orang nak kawen dengan aku. Mampos ah. Ade jodoh ade, kalau takde aku nak jage anak kucing mate kelabu dengan Lee. End of story.

5 comments:

Syafiq said...

Terbatuk2 Aq baca post ni smapi terkeluar sumer cashew nuts dalam mulut dgn air liur mlekat kat screen lappy !!! ahahahahha

Aika said...

GELILAAAA SYAFIIIIIIIIIIQQQQQQ!

apasal kau tebatok -.-

ameerazman said...

kalau kau 18. haku bpe weyy? hahahaha

Aika said...

HAHAHAHAHAH! tunggu habis raya dulu baru kira :P

misfaida said...

seriuslaa, memang sangat emo entry ni okay. HAHHA.

btw, kte pun tak berkenan dengar orang sebut 'insya-Allah' untuk something yang tak sepatutnya. dah tau benda tu Allah tak suka, pandai-pandai pulak. memang tak patut! HUH.
*nak emo jugak. HAHHA.*