Tuesday, December 7, 2010

Neighhhh

Semalam aku tidur rumah abang aku kat Shah Alam. Lin la punye plan ni. Mula-mula aku malas gila cam FFFFUUUUUU nak ikut sebab lagi 2 hari nak pegi Gombak and aku belum pack apa satu haram dahlah bilik semak dahlah almari pun lebih kurang semaknye plus dalam beg peti aku ada baju-baju lama yang aku dah taknak so nak kena fikir pulak nak tarok mana baju-baju tu. Hoh banyak kerja jugak packing ni.

Plus semalam aku pergi Giant nak beli toiletries sebab toiletries memang wajib kena beli DUH. Aku beli sabun Ginvera dengan spa scrub(?) perisa(??) lavender sebab sabun tu adalah sabun paling bes dalam dunia tambah-tambah kalau kau pakai dengan benda spongy-spongy tu macam PERGHH AKULAH MANUSIA YANG PALING BERSIH LAGI SUCI DI DUNIA YANG FANA INI! Serious, tak tipu. Tapi kena pakai dengan spongy-spongy die skali baru rasa bersih. Kalau kau pakai sabun tu ala carte rasa macam tak sabun pun.

Berus gigi pulak (apa ni beli berus gigi ape pon nak cerite) aku beli jenama systema sebab Lin cakap berus die adalah sangat nipis dan boleh masuk sehingga ke urat-urat gigi kau. Aku pun percaye dah beli jelah sebab aku tak pernah pergi jumpa dentist dan lin ada pengalaman memakai braces dan berjumpa dentist setiap bulan jadi mungkin kata-kata lin adalah boleh dipercayai. Tapi aku pelik la aku berus gigi sejak kecik tak pernah tinggal (kecuali masa skolah rendah lol malas gila berus gigi sampai kena pukul dengan mak) kenapa sampai dah umur 19 ni gigi aku tak puth-putih lagi? Aku suka tengok gigi orang yang betul-betul putih tapi mungkin they had veneers on their teeth so, er, nevermind. Aku pernah cuba nak try apa eh yang colgate punye produk tu? Simply White? Aku macam dah nak terconfusekan dengan simplysiti. Hahahahahahha. Tapi lepastu ada kawan aku cakap kalau gigi kuning(mild) tu mungkin sebab genetik. So aku give up.

Lepastu aku juga beli *glances at plastic bag full of toiletries* spongy-spongy, dynamo and a few other things not really worth mentioning here.

Ohh, hari semalamnye pulak aku pergi OU nak cari kasut kelas dengan beg kelas sebab beg polkadot aku macam dah sangat buruk sobs sobs aku sangat sayangkan beg itu. Tapi apakan daya, life must go on. So anyways aku memang dah ada idea kasut apa aku nak sebab Tiyah cakap kat sana nanti mesti banyak berjalan (ke die sorang yang banyak jalan sebab mahallah die jauh dari kuliyyah hahahahagahgaa) so aku macam nak kasut vans yang canvas, lace up deck shoe tu sebab macam ideal gile aku taktau kenape tapi memang macam ideal habis ah.

But then I wasn't sure OU ada ke tak kedai vans sebab aku macam tak pernah nampak pun padahal OU tu aku dah boleh jadi tour guide kot hahahahahh. And the night before aku ada baca blog Kiko ada satu post die ni pasal how bad she wanted this kind of kasut and she mentioned that dekat Cotton On ada and so I went to Cotton On and I bought a grey pair! Mak aku tengok she was like, "Hang nak pakai kasut NI pi keleh?" So I was like, "Mak, mase sekolah dulu Tikah pakai baju kurung dengan kasut ape?" and she went, "Tapi tu mase sekolah fgrejkehrfuewgkerget" I win. Hahahahaha.

Tapi kasut aku macam perempuan sikit kot. And lace die putih so aku nak cari lace hitam supaya tak cepat kotor plus lace putih nampak macam kasut sekolah sangat hegehegehgehge.

Beg pun aku beli kat situ jugak sebab masa tengah cari warna kasut ideal tetibe ternampak beg paling cool yang aku pernah jumpa dan beg tu adalah exactly what I had in mind untuk beg kelas ok the color, the design SEMUANYA SEPERTI YANG AKU MAHUKAN! Jadi aku pun beli. Ish, mesti cool habis aku kat UIA nanti. Mak aku tak cakap banyak bila tengok beg aku she just went, "Beg apa ni?" which made me say "Beg ni in-thing tau mak. It's the IN-THAAANNNGGG." So instead she said, "Toksah dok in-thing in-thing. Blajaq je elok-elok." Mak slalu menamatkan perbualan seperti tu because honestly, who can argue with what's In and what's Out kan hahaagahgag.

Ok yang sebenarnya yang aku ingin tekankan dalam post ni adalah aku tidur rumah abang aku semalam iaitu yang merupakan Lin punye idea. Kitorang sampai rumah abang aku dalam pukul 6 macamtu lepastu abang aku bawak pergi satu tempat charity abenda tah dekat dengan rumah die ni sebab Naqib nak tengok kude wtf. Tempat ni macam agak cool la sebab die cam ade cafe, gym, horse stable (untuk orang yang naik kuda for recreational purposes or nak amek lessons) and yang paling penting sekali ADA TRAMPOLINE SIOT. Cafe die pulak adalah macam sangat cool. Kau makan minom je apa kau nak, and then kau bayar ikut keikhlasan hati kau nak bagi berapa kat charity. Abang aku la cerita ni, aku taktau die tipu ke tak tapi muke die serious je so must be true.

So anyways kitorang pon pergila tempat naik kuda tu sebab naik nak kuda and turns out that die takut nak naik sorang-sorang so aku kesian aku pun temanla die naik kude. Like wtf habis cool aku naik kude FOR RECREATIONAL PURPOSES KALAU NAIK KUDE YANG BERLARI TU NAMPAK COOL AR GAK. Tapi naik dengan budak kan, so takdela nampak loser sangat hahahahaha. Last skali aku naik kude was like 7,8 tahun lepas aku rasa.

 Nazif yang 24/7 tak dapat tangkap ape yang sedang berlaku di persekitarannye.
 "Tikah, nanti hang letak caption gambaq ni abang saye yang hensem tau." -__________-
 Orang pro naik kuda dengan attire yang sangat cool. Sobs.
 Satu stable budak ni nak jalan.
 Muka dendam sebab kena jadi loser naik kuda dengan cara yang tak cool. DAHLAH AKU SORANG KENA PAKAI HELMET SENGAL NI PULAK TU APAHAL NAQIB TAKYAH PAKAI HELMET PON.
 "Ye sabar bang saye belom stable lagi ni lek lu lek lu." Tangan atas peha aku tu tangan Naqib ok. And kurangajar helmet tu ada tulis 'Epic' aku rasa helmet tu nak perli aku. Serious.
 Hek eleh kau dah naik kuda buat muka masam lak AKU TENGAH BERKORBAN COOLNESS AKU KOT NAIK KUDA DENGAN KAU UNGRATEFUL PUNYA BUDAK! Aku pulak yang puas dapat naik kuda wtf.
 Tiyah teringin jugak nak naik kuda.
 Told ya.
 Tiyah lagi lame sebab ade gambar naik kuda dari jauh. Hahahahahahhaahah.
 Bebi yang tak sedar die tengah naik kude -_-
 Gamabr cliche habis 'Keluarga Saya dan Kuda'. Kakak ipar aku suka betul amek gamba camni ._.
 Ni counter kat cafe. Budak pakai spek yang jaga counter ni agak cute jugak. Hihihihihi.
 TRAMPOLINEEEE OMG OMG OMG. Aku rasa untuk budak-budak tapi time nak balik tu aku masuk jugak lompat 2,3 kali HAHAHAGAHGAHGA. Lepastu aku baru lompat sekejap Naqib jadi clumsy or maybe sebab aku berat sangat lalu jatuh and mase tu aku still melompat dengan penuh kegembiraan so either I accidentally jumped on his hand or he accidentally crushed his own damn hands lepastu die menangis lepastu abang aku ajak balik. Like, APA NI AKU TAK PUAS LAGI NAIK TRAMPOLINE.
 Terpaksa ambek gamba sendiri lagi sebab takde orang nak ambekkan. Sigh.
 Jat's attempt to actually smile while his picture is taken. Bravo -_-
 Aku tarok gambar ni sebab Lin selekeh. HAHAHAHAHAHHAHAHAHA.
 Ok la dah elok sikit.
Nama restoran yang kitorang makan malam tu. Aku nak makan TomYam sebenarnya tapi abang aku nak cepat sebab kitorang nak pergi iCity (tapi tak masuk pun sebab banyak gile kereta wtf plus abang aku kerja harini so macam tak appropriate la kalau balik lambat) so abang aku suruh order ala carte je and aku dah BORING GILA KOT ASYIK NASI GORENG NASI GORENG KAT NILAI MENGADAP NASIK GORENG KAT RUMAH NASIK GORENG KELUAR MAKAN PUN NASIK GORENG GAK MELEBIH AAA KAAAAAAAAAAANNN. Tapi aku terpaksa jugak order sebab sangat lapar ._. Aku order nasik goreng petai campur sotong. Tak sedap ._____________.

So anyways tu jelah aku nak cerita. Pergh dah lama jugak aku tak tulis panjang-panjang macamni. Disebabkan sekarang dah pukul 12.49 which means that it's already 7th of December, OMG ESOK MASUK GOMBAK OMG OMG OMG OMG OMG. Wish me luck :|

1 comment:

Anonymous said...

poyo la