Sunday, August 15, 2010

Lame gila aku ni

Tetiba aku rasa cam aku manusia paling lame dalam dunie sebab barang-barang aku smue lame.

Beg yang aku pakai pegi kelas kelas adalah bag  yang Mak dapat free beli barang-barang mekap. Kan kalau beli set-set adelaa die kasi free gift bag ke pouch ke ape kan? Ha beg macamtulah yang aku pakai gi kelas sekarang. Tak mampula aku nak beli Coach ke, LV ke Elle ke pakai gi kelas. Kapcai gile beg aku. Beg ni pun aku pakai sebab beg kelas aku yang lama dah koyak rabak sana sini. Aku kalau pakai barang memang aku pakai sampai rosak teruk habis buruk. Beg kelas yang tu pun aku beli kat KL Central je. RM35. Yang polkadot tuuu. Sumpah sayang gila ah aku kat beg tu. Tapi dah koyak-koyak. Nampak macam sedih sangat je pakai beg koyak-koyak gi kelas. Hu.

Pencil box aku pun dapat free beli barang-barang mekap jugak. Aku sayang gila pencilbox tu. Warna hotpink yaw. hahahahahahahaha. Tapi peduli la. Pencilbox tu cantik bagi aku. Hahahahah. Purse aku pun macam dah burok gaban gile. Dalamdie dah tekoyak-koyak. Yunie menyampah betul tengok purse tu sampai die cakap "Jangan sampai aku beli purse baru kat kau" HAHAHAHAHAHA. Sungguh menyampah Ayunie dengan purse aku sampai sanggup membelanjakan duitnya sendiri untuk beli purse baru(?)

Selain itu juga, baju aku memang ada dua tiga helai je yang ada brand yang dikenali. Yang lain harom tak pernah dengar hahahaha. Aku suka shopping online ni pun dekat pre-loved punya blogshops. Maksudnya baju-baju 2nd hand. Kalu blogshop yang jual baju-baju baru tak mampulah aku. Harga mahal tak masuk akal. Aku ni pun bukannye kaye sangat boleh beli baju baru hari-hari. Sebab tu aku suka beli pre-loved punya baju. Cantik, murah pulak tu. Bab orang dah pernah pakai tu pedulilah. Kau baru dapat basuh dulu baru pakai. Dah jadi baju kau kan? Hahaha.

Kalau ada barang-barang aku yang agak branded tu pun bukan aku beli sendiri. Mesti parents aku beli. Takpun kakak aku. Kalau aku nak beli sendiri harom la. Lagipun aku bukannye dapat allowance macam orang lain. Sebulan sampai RM500. Aku bila perlu baru aku mintak duit dekat parents aku. Aku tak suka mintak banyak-banyak pun. Rasa bersalah pulak. hohoho. Padahal duit guna nak makan -_-

Most of my friends bila dah dapat scholarship pun parents still bagi duit lagi. Aku ni bila dah dapat memangla tak dapat duit langsung T_T Bila dah habis memangla diorang bagi duit balik tapi tapi tapi mestila macam rasa guilty nak habeskan cepat-cepat sebab nanti kena mintak duit lagi kan. Sigh. Sekarang ni pun scholar aku dah tinggal RM450. Seminggu kurang-kurang  pakai RM50. Nanti cuti kalau kawan ajak keluar takkan nak mintak duit dekat parents kot? Aku nak kerja takboleh, aku nak save duit scholar nanti tak makan pulak. Dilemma gila T_T

Hmm apa lagi nak cerita pasal diri aku yang sangat lame ni. Haa. Masa pergi PLKN dulu kan ade cuti 4 hari tu kan. Aku ikut Tasha balik Lahad Datu and dekat sana hari jumaat ADA BUNDLE HEAVEN! Diorang panggil bundle tu rombengan hoho. Tapi bundle diorang bukan cikai-cikai yaw. Aku tengok label die macam baju mahal-mahal je lepastu Tasha cakap bundle die dari overseas. Entahlah dari mana TAPI SERIOUS MEMANG MURAH GILA cardigan cantik-cantik RM1 WTF??!!?!!! Memangla aku beli banyak gila T-shirt cardigan etc etc tak sampai RM20 pun kot aku spend.

Nampak tak kenapa aku suka beli baju rombengan? :B

Alah lagipun bukan orang tau tu baju baru je baju lame ke. Bila dah beli tu kau basuh cuci-cuci and it's as good as new. Tapi bila orang tanya beli katmana tu nak jawab kena buat muka kambeng sikit ah sebab most people kan selalu pandang slack sikit dengan baju-baju bundle ni. Baju je pun, rilek la -.- Yelah bukan semua orang kaya macam kau every week boleh pergi beli baju kat F21 la, Zara la, Topshop la, MNG la apa la. Kau hidup senang memangla boleh. Cuba consider orang kurang senang macam aku ni? Ceit.

Bukanlah nak cakap aku ni macam cheapskate gile ke ape tapi when I have a cheaper alternative then why nak beli yang mahal dan branded yaw? Ok maybe orang cakap lebih kualiti blablablabla but seriously -_- Aku adalah manusia yang paling tak heran pasal brand. Tapi aku suka masuk kedai-kedai macamtu sebab aku suka try baju yang aku takboleh pakai in real life macam skinnies, PVC leggings, tight skimpy dresses etc etc. It makes me feel that my dream has come true :B Nak beli tu memang harom la kaan dahla mahal cam rehejrgfewfrfhvrjhrkv kalau pakai berdosa pulak tu HahagHAGgahGHAGAHghagHGAH.

Tapi setak beli-tak beli baju branded pun aku rasa sense of fashion aku takdalah lorat sangat. Takpalah tak dapat berfashion hebat-hebat pun asalkan tutup aurat kan :)

16 comments:

cely said...

baik beli buku duit2 extra.
tak gituu ?
ahahaha. aku sndiri pon handbag kelas tu kat petaling street je wehh.
-_-

Aika said...

YEEESSSZZZZAAAAAAAAAAAAAA! ilmu itu lagi penting yaw. ceh haha

Syafiq said...

Beg aq dari aq form 3 koet ::: ader beli beg baruuu... tp beg tu gak y mnyentuh di kalbu :::

ameerazman said...

inner beauty that counts. so yeah, WTH. lantak pi lah org nak pk apa okay :D huhu.

motivate yourself with our speech. even though mainly its about outer vs inner. clothes and kejadah bnde tuh kira outer gak lak kan. aslkan cover aurah yaw :D

Aika said...

capiqs: APAHAL DAH DEKAT 7 TAHON BEG KAAAAAAUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

mee: HAHAHA! outer beauty is not important yaw :D

Syafiq said...

Sayang doeh :::

esah ezral said...

bUndLe4LyFe! :D

آسيا said...

haha
seyes tegelak je baca post nih
ayat bawah skali tu gempak!

Aika said...

sya: YEEEEEEEEEEEESSSSZZZZAAAAAA :DDDD

asiah: hahaha!gempak kaaaannn xD (prasan jap)

Kartika Azmi said...

aah agreee hahahahh

eatyu said...

I know one of my friends yang suka barang bundle ni.


AND YOU KNOW HIM WELL TOO.

HGEHGEHEGHEGHEGHEGHEGHEG

Aika said...

kartika: agree gapo mung kartika? :P

luqman: LOL common interest :DD

L said...

offended sial.

aku bukan pakai duit scholarship. i buy branded goods from the money i saved up.

Aika said...

HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA APAHAAAALLL OFFENDEDDDDD.

like i said, kau dapat allowance.sebab tu kau boleh save up money.aku tak.

L said...

dude aku dapat allowance, kalau habis dah tak boleh mintak dah. since i was 13 i never asked for more money ok. kalau habis the allowance for that month kira habis terus, takde sape boleh turn to untuk mintak duit.

before i was 13 i never got any allowance, i have daily pocket money instead. i managed to save up half a thousand by the time i was 12.

dude, there's a fine line between trying to impress the person u like and trying to TURN INTO the person u like. i can handle and cope with the former, but not the latter.

i know who this post actually comes from, but this is on the edge of the line already. so, please.

Aika said...

im not writing this because im trying to impress him -_- i wrote about it because its true and this is how i really am. and i wasnt even thinking about him when i wrote this post ._.