Mungkinkah selok belok semua kuliyyah di UIA sama sahaja? HAHAHA. Harapan. Isk. Harap-harap aku akan hafal selok belok dan lokasi kelas dengan secepat mungkin. Yang paling kena cepat hafal adalah lokasi-lokasi kiosk di serata UIA dan juga lokasi tandas in case terpaksa menghadapa hari-hari dimana tudung adalah haram dari keluar bilik sampai masuk bilik balik.
So anyways aku still tak rasa berapa bersedia untuk masuk Gombak ni. Walaupun aku tak berapa pasti akan apakah yang patut sediakan diri untuk, tetapi aku yakin aku perlu sediakan diri untuk at least, something. OH TAARUF WEEK. Ramai orang kata Taaruf Week adalah disaster week. Aku tak sempat lalui Taaruf Week dekat PJ masa matrik dulu sebab balik PLKN lambat so aku tak tahu nak expect apa. Tapi yang good newsnya Taaruf Week di Gombak ni adalah boleh pakai tudung sendiri. Yang bad newsnya pula tudung itu mestilah berwarna putih. WASAP LA UIA DENGAN TUDUNG PUTIH NI?
Untuk orang yang tidak berapa mengenali aku, aku benci tudung putih. Serious. Tahap kebencian aku terhadap tudung putih adalah sama dengan tahap kebencian aku bila orang ambek the last piece of ikan/ayam/daging yang aku desperately nak semasa makan di apa-apa restoren. Ya, begitu tinggi sekali kebencian aku terhadap tudung putih bukan? Sebab-sebab aku benci tudung putih adalah seperti berikut;
1. Aku adalah seorang pemaia tudung bawal dan kebanyakan tudung bawal putih adalah jarang jadi adalah perlu untuk memakai inner di dalam jika tidak akan menampakkan rambut dan tengkuk kamu. Jadi disebabkan saya bukan seorang yang suka memakai serkup (serious aku sangat tak suka pakai serkup) dan inner = serkup jadi sebenarnya adalah amat tidak suka juga bila memakai inner. Tapi adalah perlu redha atas dasar menutup aurat.
2. Kompleksi muka aku yang kurang cerah gemilang adalah menyebabkan kelihatan sedikit seperti tahi cicak apabila memakai tudung putih. Tambah-tambah bila berpeluh kronik dan muka berminyak serta kelihatan sangat jelek dan pula itu memakai tudung putih. Hodoh kuasa 30983622765428 dah pasti tiada orang yang mahu mengurat aku semasa Taaruf Week kerana terlalu hodoh SOBS SOBS. Ladiva, silalah mengubah nasibku!
Walaupun Aqilah adalah pernah mengatakan muka aku kelihatan seperti orang yang baik dan suci semasa memakai tudung putih tetapi tidak lut pujian itu kerana baik dan suci bukanlah bersamaan dengan cantik. SOBS PATLIMA KALI. Lagipun tudung putih sangat cepat terkena kotoran dan sangat sensitif dengan debu-debu berterbangang jadi bagaimanakah untuk maintain tudung bersih sepanjang Taaruf Week? Harapan adalah UIA tiba-tiba menjadi cool dan memberi izin kepada semua pelajar untuk memakai tudung warna bebas sepanjang taaruf week. Tradisi tudung putih dan baju batik buruk UIA patut dihapuskan kerana memalukan pelajar. UNIVERSITI LUAR NEGARA MANA ADA TUDUNG PUTIH BAJU PUTIH NI SEBALIKNYA ADA SWEATSHIRT YANG SANGAT COOL OK KENAPA UIA TAK ADA SWEATSHIRT COOL SEPERTI UNIVERSITI-UNIVERSITI DI LUAR NEGARA KENAPA?!
Lee, baca dan ingatlah ini. Bila kau dah berjaya terbang ke salah satu universiti di US nanti bawa pulanglah satu sweatshirt cool untuk aku T_T kejutan coklat reese 8462286438 paket juga adalah sangat dialukan♥
Tapi UIA agak bagus kamu ya, kerana membenarkan pelajar memakai tudung putih mereka sendiri be it tudung bawal, pashmina, selendang, syria, sarung etc etc. Kerana jika kamu lakukan seperti yang telak kamu lakukan di PJ dahulu yakni memberikan semua orang tudung putih kain susah nak bentuk bidang ENAMPULUH, nescaya akan kita saksikan revolusi tudung oleh pelajar-pelajar UIA. Salah satu sebab aku bersyukur kerana tidak mengikuti Taaruf Week si PJ adalah sebab tudung yang susah mahu dibentuk ini. Lagipun itu bidang ENAMPULUH?! Bukanlah mahu mengatakan bahawa aku amat benci dan berasa jelek kepada tudung bidang enampuluh kerana kamu tahu kan, aku di sekolah dahulu pun bertudung labuh
Oleh sebab yang damikian adalah agak kekok jika aku ditakdirkan untuk memakai tudung bidang enampuluh kerana gaya apakah yang mungkin aku kenakan bersama tudung itu? Gaya straight kebawah adalah a big no-non kerana tudung akan mencecah lutut dan akan kelihatan aneh, percayalah. Gaya rama-rama mungkin acceptable kerana tidak mencecah lutut dan biasa digayakan oleh produk-produk berjaya al-amin unlike diriku sendiri tetapi yang mungkin paling kena adalah gaya lilitan di atas kepala untuk membuat tudung itu appear kecil sedikit dari saiznya yang sebenar dan masih didalam konteks menutup aurat.
Jadi harapan saya untuk Taaruf Week di UIA ini adalah semoga mendapat baju batik yang cantik dan muat dan baju sukan yang tidak nampak palat bila dipakai dan yang paling penting adalah dapat memakai tudung putih kepunyaan sendiri!
Apa-apa tips-tips untuk taaruf week dari senior-senior saya yang sudah berada di Gombak amatlah dialukan ya.
11 comments:
taaruf week byk duduk dlm dewan je so xberpeluh ah
oh masa aku diorg tegur yg pakai tudung sarung weh
dia suruh pakai tudung bawal.TUDUNG BAWAL SAHAJA tapi org buat bodoh je
pakai la shawl pashmina, aika.
baru x jarang, x payah pakai serkup kat dalam
:D
Ni mcm buat lagi turned-off je nak masuk UIA .___. (Superficial habis, hihi)
sha: YES TAK BERPELUH YESSS. dewan tu aircond bes tak? ada pengaliran udara? HAHAHAHA. yang nak kene slalu ade dalam beg ape? air mineral? mandi mcmanae pulak kalau tak dapat balik mahallah?
kartika: tapi panas la kartiks ._. pashmina kan tebal gile babsss. hehehehe.
sya: HAHAHAHAHAHAHA. part taaruf week je weh mcm hantu. lepastu orait dah. tanyala your friend mira how taaruf week was for her :D
Aq da beli E5 dan penuhkan Ipod aq dgn lagu !!!! Supaya x boring :DDDD
itouch mesti sentiasa full battery ni! HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA
kalau dlm dewan tu kau cari peluang duduk bahagian atas
situ sejuk sikit
pastu bwk air,jajan dlm beg
bwk la novel ke apa boring kot
nanti ada 1 hari qiamullail kt masjid
boleh je mandi kt masjid tp nanti ramai org kalau nk mandia kau bwn awal2 xpun before tidur kau mandi dulu
tu nanti mmg xboleh blk bilik ah
OOHHH ada bahagian atas dengan bawah ke? ke dewan yg macam tempat dudok tangge tu maken menurun maken bawah kosi die? dewan untuk nak mock trial ke ape eh? eh ke salah dewan HAGAHGAHGAGAHGA. pastu yang kena mandi kat masjid tu everyday ke sehari je?
ada bahagian atas and bawah. and dewan tu jugak kerusi menurun mcm tu jugak tp ada bhgn atas ngan bawah pahom?nama dewan ni main hall,cac.cac tu cultural activity centre.mandi kt masjid tu sehari je ah pejadah kau nk mandi kt masjid hari2?HAHHAHA
basically gombak best lah jugak.
nanti datanglah melawat KAED :)
we are the zombies. haha
semua U mmg kena pakai tudung putih ngn baju batik masa sesi taaruf tu. mmg mcm HAROMMMMM laaaaaaaaaaa. :P
Post a Comment