Saturday, June 5, 2010

Because I care

I found this article dekat one of my friends' punya wall.

 "SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.

Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.
Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan.

Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.

Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.

Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri.
Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.

MOHD FIRDAUS MOHD ISA,
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shah Alam."

Selama ni aku ingat shisha tu lagi ok dari merokok. Tapi aku tak pernah shisha ye rakan-rakan. Dulu macam teringin la jugak sebab tengok semua orang pun shisha kan. Tapi lepas tu aku bersembang dengan sapetah and he said care die view perempuan bershisha ni same je dengan care die view perempuan merokok. So lepastu aku terus taknak shisha dah. I don't want people to see me like that. And the thought of sharing that shisha pipe thing with another 4,5 people isn't exactly comforting. Nanti ade air liur melekat-lekat :|

Baru aku tau shisha ni takde beze dengan merokok pon. Dua-dua pakai base tembakau rupanye. Hukum merokok haram kan, and shisha macam merokok so adakah shisha juga haram? o_O

Oh and they also said that smoking shisha for hours (I don't know how many hours to be exact) is like smoking, err, 400 cigs? God, that's a lot.

*****

Dua malam lepas aku start tengok crite 1 litre of tears sebab Lin asyik nag suruh tengok -.- Haritu Lin tengok pastu bangun pagi lebam bengkak cam erhfyg4ukgifuerfeui mate die. Ngeri jugak aku nak tengok takut jadi macam tu hahagahgahga. Macam orang putus cinte -_- 

Aku pun tengokla dengan aman dari episod 1 sampai stengah episod 8. Lepastu sebab nak dekat pukul 4 pagi dah aku pun tido la. And then last night aku sambung tengok. Start dari episod 8 sampai episod 11 non stop aku menangis. Sampai tersedu-sedan sorang-sorang depan laptop wadehel. Aku start nangis masa yang diorang kat jambatan tempat diorang first jumpa tu and laki tu cakap amendetah kat Aya aku tak ingat tapi aku tau sedih har har har. Start dari situ memang ade je pasal aku nak menangis. Yang paling teruk aku menangis mase laki tu cakap die suke Aya tu hehegehegehgehegehg.

Ok tipu. Paling teruk adalah mase die tengah bace 'Love Letter' yang Aya bagi. SUMPAH SEDIH GILE CAM ERYFG4UIF45GUFU4YIFGY4FREUIFUGYETDFUIEGV!!

Dahla habis satu episod die tunjuk pulak gamba Aya yang sebenar tu. Lagi kronik aku menangis T_T

Lepastu dah dekat 2,3 jam menangis non stop habisla cerite tu. Lepastu aku rase sangat loya. Lalu aku pun melutut di tepi jamban dan memuntahkan dinner aku malam tadi. Eh jap mula-mula aku termuntah dekat sink dulu. Pastu sink aku bau muntah ew ew ew ew ew. Nampak batang-batang kangkung yang aku makan malam tadi HAHAGAGAHGAHAGHA OK GELI. Lepas dah muntah dengan kroniknya aku pun makanlah gula-gula yang Yunie kasi last week sampai hilang rasa muntah yang jengkel dalam tekak. Dalam pukul 4 baru aku boleh tido. Tu pun rase muntah tak habis lagi yex.

And aku rasa aku taknak tengok dah cerita tu sebab nanti akan menangis dengan sangat parah sampai muntah-monggek -.- Tak pernah aku menangis sebegitu teruk sebab tengok cerita. Menangis sebab orang meninggal pun tak parah macamni. Isk.

3 comments:

A wisher said...

nak article tu jugak boleeee???nak letak kat blog jugak :)

Aika said...

ya silalah amek kak :D

cely said...

0.0 smpai mntah ?