Monday, March 15, 2010

Dear awak,

First time saya tengok awak saya dah suka. Awak tak adalah hensem gila macam Aaron Johnson ke apa. Tapi awak segak satu macam sampai saya boleh suka at the first look. Muka awak pun macam orang educated. Mula-mula saya ingat awak ni ada rupa je. Tapi bila saya add awak dekat facebook saya tahu yang awak ni tak macam orang lain. Awak special. Awak tak pernah acknowledge saya pun dekat facebook. Saya komen gambar awak pun awak tak reply apa-apa.

Biasalah orang macam saya ni. Adalah terasa sikit. Tapi saya tak kisah sangat. Saya suka tengok awak update status. Status awak bagi kesan yang dalam dekat saya. Tapi awak taktahu tu. Sebab saya tak pernah like atau comment dekat status awak. Saya baca diam-diam je. Saya pun pura-pura buat tak tahu yang awak ada dalam friend list saya tapi sebenarnya saya taknak syok sendiri. Saya taknak jadi desperate.

Awak dahlah ada rupa, pandai, dari segi agama Alhamdulillah. Saya ni kalau nak compare dengan awak memang 1 sen pun tak guna. Sayalah manusia paling tak layak untuk awak dekat dunia ni. Saya tahu semua tu. Memang sejak saya mula suka awak lgi saya tahu kalau nak dipadankan memang tak padan langsung dari segi apa pun. Saya tak ada rupa, tak pandai, agama pun tak mantap macam awak. Nak solat awal waktu pun bertatih-tatih lagi. Saya sedar diri saya macamana.

Tapi saya degil. Saya tahu saya tak setanding langsung dengan awak tapi saya nak jugak simpan harapan dekat awak. Walaupun awak tak hiraukan langsung kewujudan saya dalam hidup awak sekarang, saya simpan harapan suatu hari nanti awak sedar saya ada kat sini. Saya akan tunggu hari tu. Saya taktahu apa yang saya rasa ni datang dari nafsu semata-mata atau dari sumber lain. Tapi memang lumrah manusia kan terasa macamni.

Bukan saya yang nak, betul. Tapi saya rasa macam tak boleh nak elak. Tak saya bukan stalker. Saya tak bukak page awak hari-hari, copy gambar awak masuk dalam laptop saya, buat wallpaper desktop saya. Tak. Saya bukak page awak kadang-kadang je. Sebab saya suka baca status awak bila awak update. Kalau awak ada add gambar baru saya tengok. Tapi saya tengok tak meleleh air liur pun. Sekadar nak tengok klau ada perubahan luaran awak. That's all.

Deep down saya macam boleh rasa yang awak takkan acknowledge saya sampai bila-bila sebab saya tahu awak suka orang lain. Dan saya tahu yang orang tu seratus ribu kali ganda lagi bagus dari saya dalam segala segi. Kalau nak bandingkan saya dengan orang yang awak suka tu memang dia yang paling padan dengan awak. Apalah sangat saya ni. Nak mantain pointer above 3.0 pun susah apatah lagi nak ada harapan to have a shot at you. Macam mustahil gila.

Tapi saya selalu dengar orang cakap tak salah berharap. It doesn't kill to have a little bit of hope. Saya masih berharap saya ada chance dengan awak. Dan saya rasa saya akan terus berharap sampai awak dah selamat diijabkabulkan dengan orang lain.

Tak salah kan berharap Awak? :)

9 comments:

haha said...

Aku suka part kau yang ni. :p

Aika said...

benci kau -_-

ceLy. said...

auw. the feminine side of aika.
:)

Aika said...

SERIOUSLY GUYS.

hana diyanah binti abdul hamid said...

okahy tkoz, aku sangat2 super duper likey like ini post! hagaga

Aika said...

hana tekanla butang like. hahaha.

Ftn Fth said...

hehe
saya berada dalam situasi yang sama.
cuma yg bezenya, ftn check fb dia hari2
heheheheheh

Aika said...

ftn: sungguh stalker ya anda gamaknya. hahahagahgahga

N.R.B.R said...

post kau yg ni mmg best la!!..
kasi A+ ye =)