Friday, May 21, 2010

My Bicycle History

Topik kita pada hari ini ialah basikal. YA, BASIKAL. Menatang yang paling aku benci dalam dunia. Mainly sebab aku taktau naik basikal. YA, AKU TAKTAU NAIK BASIKAL SO WAT HUH HUH.

No, seriously. I don't know how to ride a bicycle. Masa darjah-darjah aku suka naik yang ada training wheels(?) kat belakang tu yang dua kecik tu. Rasa selamat dan takkan jatuh . Pergh orang lain punya berusaha nak belajar naik yang dua tayar punya sampai jatuh 27586 kali berdarah-darah aku sodap sodap naik basikal dengan training wheels. Ini mungkin kerana aku dah sangat banyak kali jatuh semasa umur dalam 5-8 tahun. Rasa cam hari-hari balik dari taman akan wajib jatuh di tengah jalan raya sampai lutut atau siku berdarah :| Hari-hari wajib ya.

First basikal aku adalah tricycle! Masatu aku tadika kot. Ayah balik kerja satu hari tu bawak tricyle warna pastel pink. Kiut gila! Aku ingat ada design pelangi ke helmet ke apetah kat seat die tu. Seronok aku kayuh pusing halaman rumah setiap petang. Walaupun pusing-pusing tang tu jugak -.-

Haa kale die lebih kurang macamni la. Tapi takdela secanggih ni aku punye kapcai je hehe. Tapi Ayah baik sebab belikan :') Ataupun mungkin sebab naik muak dengar aku naci-naci nak basikal hari-hari dia balik kerja. Ihihihi.

Tapi sayangnye tak lame aku naik tricycle tu. Disebabkan aku ni seorang yang panjang, eh, tinggi tak pasal-pasal, tak lama kemudian kaki aku telah menjadi terlalu panjang untuk tricycle so nampak macam wadehel bila aku naik tricycle tu keliling rumah. Orang lalu lalang depan rumah pun pandang macam wadehel budak ni dah panjang lagi nak naik tricycle keliling rumah. Buruk betul keadaan aku mase itu.

Being the good best father he is, Ayah pun belikanla basikal besar dengan training wheels! Basikal ni aku macam kene share dengan Tyah kot. Huh -.- Tapi Tyah je yang suke bolot setiap petang pegi balik taman pun die yang nak naik aku kena jalan kaki huu dahlah aku kanak-kanak kecil yang tidak berdaya. Tak berperikemanusiaan sungguh!

Walaupun pade dasarnye basikal tu ade lagi banyak tayar dari tricycle aku, aku still rasa macam orang besa (CEH) bile naik basikal tu. Pedulik ah ade training wheel pon yang penting TAYAR DUA BESAR KAT DEPAN DENGAN BELAKANG TU WEEHHH. Cantik pulak basikal tu tayar die warne warneeyyhhh. I liked that basikal bereh bereh much. Aku tak ingat sangat pengakhiran kisah cinta aku dengan basikal tu. But I do remember that one day TYAH TOOK THE FRIGGIN TRAINING WHEELS OFF SEBAB KONON-KONON DIE NAK BLAJA NAIK BASIKAL DUE TAYAR SEBAB DAH BESALA KONON KAN HOTAK KAU LAH AKU NAK NAIK BASIKAL APA NI AH HUH HUH HUH.

Tahap kejengkelan dan kebencian aku pada Tyah masa tu sangat tinggi skali.

After a few years basikal tu macam dah rosak kot so kenalah buang lalu tamatlah riwayat hidupnya, "Aku Sebuah Basikal". Lepas tu memang takde sape nak beli basikal dah kat aku so I never really learned how to properly ride on a two-wheeled bicycle :(

And then masa aku darjah 4 kot, aku, Meme, Tyah, Mak dengan Ayah pergi Tasik Kenyir bercuti-cuta. Lin dengan jat konpem tak ikut sebab sibok mentelaah di institusi pengajian tinggi masing-masing. And then adalah satu petang tu, kitorang nak pergi naik basikal round round robert rolley round round dekat resort. Jalan resort tu cam bukit-bukit so best lah kot naik basikal. Lepastu kan, resort tu ade bele kancil! Ke kijang tah. Tapi jenis-jenis tu la.

Nak dijadikan cerite(?) aku ni kan taktau naik basikal. So telah diputuskan bahawe aku kene bonceng basikal Ayah aku -.- Dahlah jalan resort tu macam haram kan bukit sane bukit sini, Basikal tu pulak takde tempat duduk belakang so aku kenela duduk dekat tiang depan tu. Pakai seluar warne light pulak haritu. Ayah aku dahlah kayuh semangat gile. Habis kaki aku pon die kayuh sekali sampai beminyak seluar aku huu T_T

Sakit oke bile ade orang kayuh kaki kau.

 Mak aku pun naik meluat kot tengok aku mengomel slua koto la Ayah kayuh kaki Tkah la so lepas kitorang naik basikal tu Mak aku amek satu basikal yang sesuai untuk umo aku lepastu Mak aku aja aku naik basikal dua tayar!

And I finally learned how to ride a two-wheeled bicycle :') selepas dimaki oleh mak sebab kayuh dengan sangat lembab

Tapi lepastu aku tak naik dah kot sebab takde basikal kat rumah -.- And then mase form 4 abang aku ajak aku dengan Tyah pergi Pangkor, rumah abang Kak Fizah. Adela satu hari tu lepas swimming (heh) kat pulau manetah, aku excited nak keliling pulau naik basikal sebab dah lame tak naik basikal. Memamng teruje habis ah ni. Bile pergi kat tempat sewa tu tengok-tengok basikal die BAPAK GILE BESA MACAM BASIKAL DALAM PERTANDINGAN LUMBA BASIKAL SEDUNIA KALAU MENANG KAU DAPAT BUKAK BOTOL WINE EH KE TU LUMBA KERETE ke ape. Memang besa ah. Berat pulak tu.

Aku ni dahla keding. Mase form 4 berat aku 40kg je kot. Lepastu nak kene control basikal berat gaban tu pulak. Memang konpem gagal tanpa usaha la kan. Pastu aku pun selalu la melambatkan perjalanan sampai kena maki dengan abang aku sebab lembab sangat T_T Tyah pun takgune masetu sebab die tau bawak basikal so die bia je aku huh jahat eh kau mase kecik-kecik cabut training wheels aku dah besa-besa aku tak reti naik basikal kau tinggal je haku kat tepi jalan. HUH.

Haha oke takdela tinggal die tolongla jugak tapi macam in vain sebab aku serious tak boleh  naik basikal tu and Tyah cepat emo hahahahagahagag. Pastu time aku terkial-kial tepi jalan tu la kan ade budak-budak sekolah walkathon ke abendetah pulaaaaaak. Malunya ganda lapan kazillion time tu. Lepastu bila aku dah boleh control sikit-sikit aku pun ikutla slow slow dari belakang.

TENGOK-TENGOK ABANG AKU NAK NAIK BUKIT PLAAAAAAAAAAAAAKKK. AAARRRGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!! Aku ni kayuh kat jalan rata pun dah separuh mati pekejadaharam nak kayuh naik bukit?! Tak considerate punya abang. Huh.

Baru 3 kaki naik bukit aku dah pancit lepastu aku turunla sorong basikal naik bukit jaha***  tu. Tengah-tengah jalan aku rasa cam nak mati dah dengan panasnye dengan sakit kakinye dengan kene sorong basikal !@#$%^&* berat tu naik bukitnye. Aku pun terduduk dengan penuh dramatik di tepi jalan. Kalau nak lebih dramatik, aku pun tersungkur lemah di tepi jalan tanpa sebarang bantuan. Lepastu ada sorang mamat ni tengah turun bukit naik basikal (APASAL SEMUA NAK NAIK BUKIT DENGAN BASIKAL NI AH?) die nampak aku macam nak mati dah die pun tanye oke ke oke ke lalu bagi aku air mineral sebotol. Baik sungguh mamat itu :')

Apasal asyik ade emoticon nangis terharu ni -.-

Lepastu abang aku sedar kot aku dah takde kat belakang die pon patah balik la dan suggest kitorang balik setelah nampak keadaan aku yang sangat parah itu. Huh nasib baik suggest balik. Kalau die suruh aku kayuh naik bukit lagi memang aku terajang die jatuh gaung. Abang tak abang.

And sejak tu, aku memang tak naik basikal dah. Bukan trauma sebab kisah di Pangkor tapi macam dah malas an. Lagipun pejadah aku nak basikal kerete ade -.- Lainla kalau ada orang sudi nak boncengkan I di belakang macam drama-drama melayu lama sambil menyanyi-nyanyi penuh romantis disebalik pokok kelapa eheheheheheehehhehe.

And frankly, I don't think I'll ever ride on a bicycle, ever again :)

8 comments:

ani arishah said...

HAGHAGHGAHGAHGAHHAGAHGHA
TAKK RETI NAIK BASIKALLLLLLLLLLLLLL
HAGHAGHAGHAGHGAGHAGHAGAHGAHAGAGAHAGHAGHAGH

Aika said...

KECO AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!

atiyashantex said...

weh hang lupa nak cerita yg naik basikal kat karambunai doh. time tu ok je hang naik basikal. HAHHAHAHHA. klaka gila gua tgh2 kayuh dgnenak nye ttbe pusing blkg uik tikah dah hilang! skali tgk dah tertomoih kat tepi jalan MIUAHAHAHAHAHAHAHAHAH! kau mmg lembab dari segala aspek!

Aika said...

name hang geli lagi takleh ke -.-

eh haah doh lupa gila ade naik basikal kat karambunai sampai masok golf course HGAHAGHAGA. basikal tu sedang size die takpe aaaaa. huh kau memang kakak tak guna 1 sen!

ani arishah said...

HAGHAHAHAGAHA LAWAK SIAL KAU DGN BASIKAL.NANTI KAU KAWEN AKU BG BASIKAL EH

Aika said...

NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!

ani arishah said...

HAHAHHAHAHAHHA
NAK JUGAKKK
WEH,DELETE POST KAU YG TERBARUUU
SERIAU DOHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
AKU PENTAKUT

Aika said...

AKU SAJA LETAK UNTUK MENJAUHKAN KAU DARI BLOG AKU HAGHAGAHGAHGAHAAG!