Saturday, May 15, 2010

Spektekels

Aku senanye tak suka pakai spek ni. Tulah dulu mengade-ngade sangat an nak spek nak spek mengadu tak nampak lah apalah. Tapi part tak nampak tu betol aa hahaghaga. Aku ingat pakai spek ni nanti nampak cam educated sket. Tapi kalau dah muka tak educated tu, pakai apa pun takleh nampak educated -_-

Aku start pakai spek masa form 5. Ye, baru due tahun. Tu pun sebab aku duduk dalam kelas and tak nampak sepatah haram apa cikgu aku tulis kat whiteboard tu. Disebabkan ketinggian aku, aku slalu kena letak blakang skali bila cikgu susun kedudukan kelas. Isk. So dahlah duduk blakang skali, kelas tu agak panjang + lebar. So memang aku menghadapi kesusahan la nak salin ape cikgu tulis. Kadang-kadang kawan sebelah aku tengok buku aku ape yang aku tulis, pastu die cakap "AMENDE KAU TULES NI DOH?"

Rasa macam hina lagi buta masa tu T_T

Terutama masa addmath. Dahlah jalan kira panjang bapaaaaaaaaaaaaaaak. Cikgu tu suka tulis kecik-kecik pulak tu sebab nak bagi muat whiteboard. Kadang-kadang aku tension gila tak nampak aku berenti salin setengah jalan. Dah tak salin mase die terangkan memang haram la nak faham kan. Mungkin sebab tu result addmath aku cam ueryfgjrktgtg4w34g. Dulu ada sorang cikgu aku cakap kalau kau boleh buat math, kau mesti boleh buat addmath jugak.

CIKGU PENTIPU AAARRRR.

Kalau betul asal math aku dapat A1 addmath aku dapat C5?! Huh kecewa betul. Aku dengan addmath macam anjing jalanan dengan kucing parsi. Kau ajarlah aku cemana pun, kalau aku tak paham tu aku tak paham jugak. HAHAHA. Macamanela orang boleh dapat addmath A1. Gila ke -_- Lagi-lagi budak straight A1s. KAU MAKAN APA WEH?! Serious aku tak paham. Adakah tips untuk blend buku latihan dan minum air hadil blend tu memang berkesan? Hmmm.


Berbalik kepada isu spek, setakat ni spek aku baru dua. Haha macam setahun satu spek -_- Tapi aku beli yang second ni pun sebab yang first patah masa kat PLKN. Cincila betul. Spek aku yang first tu frame die tebal. Macam budak nerd punye tu. Sebab time tu spek tu macam style an, aku teringin la nak berstyle jugak. Hahahahha. Tapi sayangnya, bila aku pakai spek tu aku mesti aku pakai kat luar tudung. Aku tak masuk dalam properly sebab spek tu besa lalu muka aku akan nampak camni

Err, paham tak? Macam lebar kat part mata. Sebab spek ni an macam ade size-size. Muka aku size 49 kot. Tapi spek yang aku beli tu size 51 camtu sebab frame untuk size aku smue burok-burokkkk T_T So kalau aku pakai masuk dalam memang rosak habis tudung aku.

Spek aku bingkai die ada dua color. Part luar kale hitam, Part dalam kaler pink. Cantik spek tu, aku suka betulll. Kawa-kawan aku yang lain pun suka jugak -_- so bila aku tak pakai spek diorang yang suka pakai spek aku. Kadang-kadang time aku perlukan spek pun diorang tak nak kasi sebab suka sangat pakai ftw. Sampai aku maki cakap aku taknampak nak salin apa baru diorang bagii hagahgahag.

Spek tu aku bawak pergi PLKN takut-takut kalau ada orang hensem nanti aku tak boleh nak tengok dari jauh HAGAGAHAG. Ok tipu kalau ada orang hensem mata aku otometik akan jadi baik kalau kau 3km dari aku pun aku boleh nampak hehehehehehehehehe. Lepastu masa dalam kelas pembinaan karakter first time aku pakai spek tu budak-budak group aku semua suka lalu selalu nak pinjam spek aku sampai kadang-kadang bawak balik dorm -_-  kadang-kadang sampai seminggu baru pulang heeesh. Tapi nasib baikla dekat kelas takyah salin pape kat whiteboard so tak guna sangatla spek tu.

And then masa tu macam lagi 2,3 weeks nak balik. Aku terpatahkan spek aku. HU TIME TU RASA MACAM DAH HILANG TEMPAT BERGANTUNG. Aku suka main spek aku punya tangkai(?) bagi kembang-kembang hagahga. Pastu satu hari tu aku tengah kembang-kembangkan spek aku lepastu aku distracted lalu terpatahkan terus. Nasib baik lagi 2,3 weeks je nak balik rumah.

Second spek aku, aku buat masa aku kat uia pj. Ada satu cam stall kecik ni depat deparment apetah. Adela satu hari jumaat tu aku jalan dengan Fatim depan stall tu, sajala singgah tengok frame-frame die. Aku desperate sangat nak spek masetu sebab dalam kelas math cikgu die jerhfgrklghrt suke tulis cam cakar ayam pastu kecik pulak tu. Dahlah aku slalu duduk belakang. Seat depan budak-budak phys science suka cop dulu. Huh.

So aku pun usha-usha ternampakla satu frame ni. Aku suka style die, macam 3/4 framed and lagi 1/4 tu takde frame. Unikla. So aku tanya kakak tu brapa ringgit. Kakak tu pun cakapla RM250 and for lagi RM30 aku boleh mintak nak lens yang untuk duduk depan komputer tak sakit mata tu. So sebab aku dah berkenan sangat aku pun cam oke aa. Deposit  RM10 je heheheheeh. Tapi aku tengah cuak macamana nak mintak lagi RM270 dekat mak aku sebab aku tak bagitau pun spek aku patah. Takut T_T Lepas aku dah habis tengok-tengok spek tu aku pegilah kelas Chemistry. Ada aku buat kuiz haritu dapatla 12/15. Macam elokla jugak.

Lepastu aku terfikir kalau aku bagitau mak aku yang aku dapat elok dalam kuiz mesti die tak marah kalau aku cakap aku buat spek baru. HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEH pandai kaaaan akuuuuuuuu XD Lepastu aku pun bagitaula and yeessszzzzaaa mak aku tak marah. Lepastu hari Isnin depannya aku pun pergilah amek spek tu. Aku suka gila spek yang ni sebab dia muat-muat muka aku. So aku boleh pakai properly and tak nampak macam retard pakai spek kat luar. And orang pun tak pinjam dah sebab design die yang sangat low profile(?) Kecuali Mee sebab die suke lupe bawak spek die pegi kelas -_-

Tapi aku tak suka pakai setiap masa. Sebab entah. Hahahahaga. Dah biase tak pakai spek kan. Lagipun power aku bukannya sampai 3,4 ratus yang tak nampak terus tu. Aku boleh nampak lagi benda jauh. Cuma tak jelas jelah. So spek aku memang aku pakai time duduk depan laptop and dalam kelas je. Pegi klua aku bawak jugakla spek tu manatau ada orang nak tunjuk aku benda jauh yang perlu ditelilti tapi aku tak nampak ke kan.

P/s: Aku tak suka bila mouse aku buat hal. Lepasni aku rasa cam nak buat list benda yang aku tak suka. Hmm.

8 comments:

kiko kiki lala said...

ak dah buat belmabak spek. sbb ak dari darjh 5 dah rabunkebuntut.

power ak 550 utk each belah.
hebat tak? xD

Aika said...

WEI TU BUKAN RABUN DOH TU BUTA DAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!

ani arishah said...

aku addmath dapat A2!
haha
riak japp

weyh,nazoo punya power lg tinggi babas dah seribu kottt

cely said...

klaka plak kalo ko pakai spek. :\
haha.

tudd.

anda telah mndapat awardd! :D

please kindly visit my blog.
tq.

Aika said...

BLA AAAA KAAUUUUU. aku benci addmath sejak azali. haghagahga. haah do spek nazoo lens die cam bapak gile gaban tebal. aku nak pakai pon takot hagahgahga.

salweh: YEESSSSSSSZZZZAAAA!

ameerazman said...

hehe. next sem mee janji bawak spek g class. hahaha

Aika said...

taupun :P

ani arishah said...

memang tebal gila gaban lah spek nazoo sampaikan aku kadang2 taktau yang die sebenarnye tengah pandang aku
haha