saya tidak pernah beritahu sesiapa tentang perkara ini.kerana saya rasa ia keanak-anakan dan menjukkan belah(side?) saya yang sungguh tidak matang.wah mengapa ayat ini berbunyi aneh.tidak mengapalah.
sebenarnya,hmm.saya masih segan lagi nak beritahu.tapi tak apa.saya akan kumpulkan semangat juang saya dan beritahu juga.
saya cemburu tengok naqib.semasa naqib lahir memang ramai orang telah menduga bahawa saya akan merasa perasaan itu kerana setelah 15 tahun menjadi anggota keluarga yang terkecil akan ada pula yang mengatasi kekecilan saya.2 tahun lalu,saya tidak rasa apa-apa lagi.tapi sejak kebelakangan ini,saya rasa seperti seorang invalid.ini kerana mummy dan daddy sentiasa memberi dia sahaja segala perhatian mereka.bila saya sedang berkata-kata dengan mereka dan tiba-tiba naqib berkata sesuatu yang dianggap cerdik dan comel secara automatik semua orang akan memandang dia walaupun apa yang saya perkatakan itu adalah berkenaan dengan urusan hidup mati saya.saya rasa tersisih dan terbuang.ya saya tahu,pathetic nak gado dengan budak kecil.tapi saya tak boleh kata tak.mesti ya juga.
kadang-kadang saya sengaja cubit dia atau jentik tangan dia dengan extra kuat ketika dia membuat kesalahan untuk membalas dendam diatas fenomena semua-orang-tak-kisah-dengan-saya ini.saya tak suka dioutcast oleh mummy dan daddy sendiri seperti ini.tidak saya bukan abuser.menghukum seorang budak 3 tahun yang membaling handphone anda yang bari dibeli pada kadar kelajuan dewa di atas lantai konkrit adalah satu perkara yang mesti dilakukan.
saya masih ingat lagi.masa saya kecil dulu.daddy selalu pulang dari kerja dan saya akan main-main tolong tanggal stokinnya dan duduk mengadu dengan dia tentang budak-budak yang mengejek kehitaman saya di sekolah.saya rindu saat-saat itu.meskipun saya tahu hodoh benar pemandangannya jika saya duduk mengadu dengan dia lagi walaupun dah besar macam tungkai panjang ini.saya rindu keadaan sewaktu saya kecil-kecil dahulu.semasa saya yang bongsu.walaupun saya masih bongsu sekarang,saya masih rasa cemburu pada naqib kerana merampas takhta kebongsuan saya.
ya saya memang gembira ada anak saudara comel yang berusia 3 tahun.dan lagi seorang on the way pula itu.hmm nampaknya usia 18 tahun langsung tidak mematangkan saya dari segi apa pun.saya masih saya yang dulu.bodoh,gedik dan manja.*muntah hijau*
kalau saya boleh pinjam mesin masa dari filem back to the future itu kan best.sigh
p/s:saya bukan seorang child abuser.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment